SEKSYEN PEMBANGUNAN BAKAT AKADEMIK

UNIT CUTI BELAJAR DAN PEMETAAN BAKAT

1. Apakah dokumen yang boleh saya rujuk berkenaan panduan penajaan pengajian Ph.D dan Master?

  • Untuk melanjutkan pengajian sama ada Ph.D/Master, sila rujuk Panduan dan Peraturan Cuti Belajar UMT yang boleh di dapati di portal rasmi UMT, MyNemo di aplikasi e- CUBE.

2. Apakah syarat pemilihan tempat pengajian di luar Negara untuk layak memohon penajaan SLAB/SLAI Kementerian Pengajian Pendidikan Malaysia?

  • Pemilihan universiti perlu berada dalam :

          i) Ranking 200 Universiti terkemuka dunia mengikut Times Higher Education World University

               Ranking atau

         ii)100 ranking mengikut QS World University Ranking By Subjects.

3. Apakah keperluan minimum syarat Bahasa Inggeris untuk melanjutkan pengajian Dalam Negara dan Luar Negara?

  • Syarat kelayakan IELTS untuk melanjutkan pengajian ke luar negara adalah sekurang-kurang mendapat skor 6.5. Manakala syarat kelayakan Test of English as a Foreign Language (TOEFL) adalah minimum Skor 550.
  • Untuk pengajian dalam negara pula, pegawai perlu mendapat keputusan IELTS sekurang-kurangnya skor 6.0.

4. Bagaimana cara untuk membuat permohonan melanjutkan pengajian Ph.D/Master?

  • Permohonan melanjutkan pengajian Ph.D/Master boleh dimohon secara atas talian (online) melalui portal rasmi UMT, MyNemo di aplikasi e- CUBE. Permohonan yang lengkap akan dibawa untuk kelulusan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Mobiliti Akademik (JKMA) yang bersidang setiap dua bulan.

5. Apakah tempoh penghantaran Laporan Kemajuan Pengajian dan bagaimanakah cara saya menghantar laporan kemajuan pengajian?

  • Pegawai cuti belajar perlu mengisi dan menghantar laporan kemajuan setiap 6 bulan melalui aplikasi e-cube. Pegawai juga perlu memastikan penyelia/timbalan/dekan mengisi ulasan di laporan tersebut.

6. Bagaimanakah prosedur membuat permohonan lanjutan tempoh cuti belajar?

  • Permohonan lanjutan cuti belajar boleh dimohon selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tempoh cuti belajar asal yang diluluskan tamat.Permohonan perlu dikemukakan melalui Portal rasmi UMT–MyNemo di aplikasi e-CUBE-Permohonan Pelanjutan.

7. Bagaimanakan untuk membuat tempahan tiket penerbangan?

  • Untuk tempahan tiket penerbangan perlu mengikut beberapa prosedur seperti tempahan     tiket dengan agensi penerbangan, persetujuan itenerary dari pihak pemohon, dan kelulusan jabatan   serta pengesahan tiket oleh pihak ejen, proses ini akan mengambil masa yang tertentu, jadi untuk       mengelakkan dari berlaku masalah, Permohonan tempahan tiket penerbangan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 14 hari (hari bekerja) sebelum tarikh penerbangan. Jika tidak dapat mengemukakan      permohonan dalam masa 14 hari, pegawai boleh membeli sendiri tiket tersebut dengan mana-mana pihak penerbangan (Kelas penerbangan adalah “KELAS EKONOMI TERMURAH”) dan membuat Tuntutan Bayaran Balik kepada pihak Urus Setia.

8. Maklumat apakah yang diperlukan untuk tempahan Tiket Penerbangan?

  • Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut :
    • Pegawai – Nama Penuh, No. K/P, no passport (lampirkan sekali salinan passport)
    • Penumpang lain (Keluarga – jika ada) -Nama Penuh, No. K/P, Tarikh Lahir (bagi yang tiada no K/P), no passport (lampirkan sekali salinan passport)
    • Tarikh Penerbangan
    • Destinasi penerbangan (dari mana ke mana)
    • Masa penerbangan/no penerbangan (jika rujuk penerbangan MAS Online atau mana-mana penerbangan)

9. Maklumat apakah yang diperlukan untuk permohonan surat jaminan Kewangan (penajaan/Visa)?

  • Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut :
    • Nama penuh
    • No K/P
    • Tempat pengajian
    • Bidang
    • Bilangan keluarga yang dibawa (sertakan nama jika untuk permohonan Visa)
    • Tempoh Pengajian
    • Jumlah gaji/bulan

10. Bagaimana cara untuk membuat permohonan Elaun keluarga?

  • Pegawai perlu mengemukakan surat pengesahan membawa keluarga dengan disertakan maklumat keluarga, tarikh mula dibawa, boarding pass, atau lain- dokumen yang berkaitan. Pegawai juga perlu mengisi maklumat perhubungan dalam aplikasi e-cube.

11. Jika cuti belajar di luar negara, elaun apakah yang akan di berhentikan dalam pembiayaan gaji?

  • Elaun yang akan diberhentikan dalam tempoh cuti belajar di luar negara adalah seperti berikut:
    • Imbuhan tetap Perumahan (ITP)
    • Elaun Sara Hidup (ESH/Cola)
    • Elaun Perkhidmatan Kritikal (Jika Ada)

    *Bagi Jawatan SLAM/Felo Akademik, tiada apa -apa potongan.

UNIT PELANTIKAN DAN PENEMPATAN AKADEMIK

1. Bagaimana cara saya ingin memohon jawatan akademik di UMT?

  • Permohonan untuk jawatan ahli akademik boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatanakademik [UMT/PPBA/J01(Pin.1/2015)] yang boleh didapati melalui laman web UMT.

2.       Apakah syarat-syarat dan kriteria kelayakan bagi permohonan jawatan pensyarah?

  • Syarat-syarat dan kelayakan adalah berdasarkan skim Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga syarat tambahan Unversiti yang boleh didapati bersama-sama borang permohonan pada laman web UMT.

3. Bagaimanakah untuk mengetahui maklumat iklan kekosongan jawatan di UMT?

  • Bagi jawatan ahli akademik adalah terbuka sepanjang masa.

4. Apakah jawatan-jawatan yang boleh saya pohon di UMT?

  • Jawatan akademik yang boleh dimohon adalah Pensyarah Universiti Gred C (VK7), DS53, DS51 dan juga skim lantikan yang lain.

5. Berapa lamakah tempoh saya perlu menunggu jawapan untuk mengetahui sama ada permohonan berjaya atau gagal.

  • Permohonan yang berjaya atau gagal akan dimaklumkan dalam tempoh enam (6) bulan bermula daripada tarikh permohonan.

SEKSYEN PEMERKASAAN BAKAT AKADEMIK

UNIT PENILAIAN PRESTASI DAN KENAIKAN PANGKAT

PENILAIAN PRESTASI

1. Saya telah mengisi dan menghantar SKT awal tahun dalam sistem e-LNPT sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. Namun menyedari terdapat kesilapan dalam SKT yang telah dihantar selepas tarikh tutup pengisian dan ingin memurnikan semula SKT tersebut. Bagaimanakah cara untuk memurnikan SKT yang telah dihantar dalam tempoh selepas tarikh tutup pengisian tersebut?

  • Terdapat dua cara untuk memurnikan dan menghantar semula SKT tersebut.Pertama – PYD perlu menyemak status pengesahan SKT oleh PPP, sama ada telah disahkan atau belum. Jika belum disahkan dan SKT disediakan tidak menepati sasaran yang telah ditetapkan, PPP akan memulangkan semula SKT tersebut kepada PYD. Maka PYD boleh memurnikan dan menghantar semula SKT tersebut.Kedua – Jika SKT tersebut telah disahkan oleh PPP, maka pihak admin induk (PPBA) akan reset semula SKT untuk diisi semula. Reset SKT bermakna SKT yang pernah disediakan sebelum ini akan dipadamkan.

2. Saya telah bertukar PTJ dan mendapati PPP dan PPK saya masih lagi mengikut PTJ yang lama. Bagaimana cara untuk menukarkan PPP dan PPK kepada yang betul?

  • Penetapan PPP dan PPK adalah tertakluk kepada struktur PTJ tersebut. Sebarang penukaran PPP dan PPK akan dilakukan oleh pihak admin PTJ. PYD perlu merujuk kepada admin PTJ untuk mengemaskini PPP dan PPK masing-masing.

KENAIKAN PANGKAT

1. Saya ingin memohon kenaikan pangkat. Apakah syarat-syarat kenaikan pangkat ke gred DS54?

  • Syarat-syarat kenaikan pangkat boleh dirujuk kepada Garis Panduan Kelayakan Minimum Kenaikan Pangkat Ahli Akademik yang boleh didapati daripada Mynemo-Sokongan-Pekeliling/Polisi/Peraturan/Panduan-Pusat Pengurusan Bakat Akademik. Manakala borang permohonan dan borang lain yang berkaitan boleh diperolehi daripada Mynemo-Sokongan-e-Borang-Pusat Pengurusan Bakat Akademik.