DASAR PEMBANGUNAN BAKAT AKADEMIK

Dasar Pembangunan Bakat Akademik Universiti Malaysia Terengganu disediakan sebagai panduan untuk membangun dan menyerlah potensi kesarjanaan dan kepimpinan akademik dalam pelbagai bidang kepakaran untuk mewujudkan sekitaran akademik berbudaya cemerlang.  

1.0    Objektif Dasar   

1.1     Membangun dan memperkasa bakat akademik cemerlang

1.2     Menggilap dan mengekal bakat akademik cemerlang

1.3     Menyerlah bakat akademik yang menjadi pakar rujuk dalam bidang berdaya saing dan dapat memberi khidmat kemasyarakatan

Bagi mencapai objektif dasar ini, Pelan Pembangunan Bakat Akademik disediakan sebagai kerangka kerja dengan Model Pelan Kerjaya Pembangunan Bakat Akademik sebagai panduan penggerak pelaksanaan.