MAJLIS PELANCARAN PENUBUHAN PBIA

Tarikh : 13/02/2013

Universiti Malaysia Terengganu telah melancarkan Pusat  Bakat Dan Inovasi Akademik (PBIA) yang diadakan di Auditorium Mahyuddin, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UMT. Pusat ini merupakan sebuah pusat yang khusus untuk mengurus bakat ahli akademik. Antara objektif penubuhan pusat ini adalah membangunkan potensi kesarjanaan bakat akademik sebagai sumber utama kepakaran dalam pelbagai bidang dan menjadi nadi kepada kecemerlangan akademik UMT. Dua fungsi utama pusat ini adalah untuk membangunkan profesion akademik melalui pemilihan dan pelantikan akademia yang bersesuaian,cuti belajar dan  kenaikan pangkat. Fungsi kedua adalah memperkasakan potensi bakat akademik dari segi pembangunan bakat akademik,kepakaran akademik dan mobiliti akademik dalam aspek pengajaran, penyelidikan dan pemindahan ilmu, sangkutan dan latihan serta permentoran. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Emeritus Dato` Dr. Ibrahim bin Komoo, Naib Canselor UMT.

umt-ppba-copy ppbautusan-copyumt-perkenal-kad-rekod-copy