BENGKEL INDUKSI PENYELIDIKAN DAN INOVASI

24 – 26 November 2016 – Bengkel Induksi Penyelidikan dan Inovasi bertempat di Resort World Kijal. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk mengasah dan menggilap kepakaran ahli akademik muda dalam penyelidikan dan inovasi.

dscn7629

dscn7377

TAKLIMAT “ENGAGING LEARNING MOOC”

23 Oktober 2016 – Taklimat “Engaging Learning MOOC” bertempat di Bilik Seminar Eksekutif, Bangunan Siswazah.  Taklimat ini diadakan untuk ahli akademik bagi memberi kesedaran tentang kepentingan penggunaan MOOC dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di UMT.

dscn7103

dscn7114

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN KENAIKAN PANGKAT AHLI AKADEMIK

BERASASKAN LALUAN KERJAYA

22 – 24 September 2016 – Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan Kenaikan Pangkat Ahli Akademik berasaskan Laluan Kerjaya bertempat di Everly Hotel, Putrajaya. Bengkel ini bertujuan untuk menambahbaik kriteria kenaikan pangkat berasaskan laluan kerjaya ahli akademik.

dscn6933

dscn6848

PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT AKADEMIK PEGAWAI CUTI BELAJAR DALAM NEGARA 

21 – 23 Julai 2016 Program Pembangunan Bakat Akademik Pegawai Cuti Belajar Dalam Negara bertempat di Everly Hotel, Putrajaya. Program ini merupakan satu usaha pihak Pengurusan UMT untuk mendekati dan menyelami keadaan para pegawai UMT yang sedang cuti belajar di samping menyampaikan maklumat terkini kepada pegawai berkaitan peraturan dan panduan pembangunan kerjaya ahli akademik.

ZAMERI 1_Untitled

zameri2_Untitled

BENGKEL OBE: ASSESMENT AND CLOSING THE LOOP 

17-18 Julai 2016, Bengkel OBE bertempat di Dewan Seminar, Kompleks Berpusat Kuliah UMT. Ia bertujuan untuk membantu ahli akademik membina soalan berdasarkan rubrik penilaian OBE serta memperbaiki kaedah pengajaran berdasarkan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL).

g1

g2

BENGKEL PEMBANGUNAN PORTFOLIO PENGAJARAN AHLI AKADEMIK  

26 Jun 2016, Bengkel Pembangunan Portfolio Pengajaran Ahli Akademik bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli akademik yang berpontensi dicalonkan bagi AAN dan yang mempunyai kepakaran dalam membangunkan portfolio pengajaran. Bengkel bertempat di Bilik Seminar Eksekutif, Bangunan Siswazah UMT .

DSCN6194

DSCN6155

SIRI SYARAHAN INAUGURAL

30 Mei 2016, Siri Syarahan Inaugural UMT ceramah disampaikan oleh Profesor Dr. Mohd. Effendy B Abd.Wahid bertempat di Auditorium PSNZ, UMT.

13263781_1608261366150655_6896341984761222198_n

13327495_1608261669483958_108098102637099628_n

TAKLIMAT TATATERTIB TERHADAP PERTUDUHAN SALAH LAKU AKADEMIK SESI II  

29 Mei 2016, Taklimat tatatertib terhadap pertuduhan salah laku akademik sesi II bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak yang terlibat dalam pengawasan semasa peperiksaan. Taklimat bertempat di Kompleks Kuliah 2, Kompleks Kuliah UMT .

PROGRAM JERAYAWARA ANUGERAH AKADEMIK NEGARA(AAN)

14 April 2016, Program Jerayawara Anugerah Akademik Negara (AAN), Ke-10 Peringkat Zon Timur bertempat di Auditorium PSNZ, UMT, dirasmikan oleh Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar.

13000290_1586613164982142_4574491712893413344_n
13010774_1586617388315053_9042910535693497210_n

SIRI SYARAHAN INAUGURAL

13 April 2016, Siri Syarahan Inaugural UMT ceramah disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Tajuddin Abdullah bertajuk Evolusi dan Biogeografi Mamalia Malaysia, Auditorium PSNZ, UMT.

inaugural

in

BENGKEL ASAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  

6-7 April 2016, Bengkel Asas Pengajaran dan Pembelajaran bertujuan untuk mendedahkan ahli akademik kepada konsep pendidikan yang berkesan. Bengkel bertempat di Auditorium Mahyuddin, PPPPM UMT .

BENGKEL OUTCOME BASED EDUCATION(OBE) SIRI II 

5 April 2016, Bengkel OBE Siri II bertujuan untuk mendedahkan ahli akademik kepada konsep pendidikan berasaskan hasil (OBE). Bengkel bertempat di Auditorium Mahyuddin, PPPPM UMT .

BENGKEL ASAS e-PEMBELAJARAN SIRI II 

9 Mac 2016, Bengkel Asas e-Pembelajaran Siri II bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkenaan e-Pembelajaran kepada semua ahli akademik UMT. Bengkel bertempat di Makmal Komputer 1, Kompleks Kuliah UMT.

PROGRAM SESI PERKONGSIAN ASPIRASI MAJLIS PROFESOR NEGARA(MPN) 

24 Februari 2016, Program sesi perkongsian aspirasi MPN bertujuan untuk menjalin dan membincang kerjasama antara pihak MPN dan para akademik UMT dalam membentuk dasar-dasar baru serta melaksanakan program-program strategik negara. Program bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canselori UMT.

BENGKEL MATLAMAT & KEFUNGSIAN PENUBUHAN INOVASI AKADEMIK

22 Februari 2016, Bengkel Matlamat dan Kefungsian Penubuhan Inovasi Akademik bertujuan untuk menjelaskan fungsi penubuhan inovasi akademik dan peranannya sebagai komponen sokongan Pusat Bakat dan Inovasi Akademik dalam membantu meningkatkan kesarjanaan dan kewibawaan ahli akademik yang holistik. Bengkel bertempat di Bilik Seminar Eksekutif, Bangunan Siswazah UMT.

BENGKEL ASAS e-PEMBELAJARAN SIRI I 

21 Februari 2016, Bengkel Asas e-Pembelajaran Siri I bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkenaan e-Pembelajaran kepada semua ahli akademik UMT. Bengkel bertempat di Makmal Komputer, Kompleks Kuliah UMT.