CUTI SABATIKAL

SYARAT DAN KELAYAKAN

1.Ahli akademik adalah pegawai tetap universiti, warganegara Malaysia yang telah disahkan dalam perkhidmatan
2.Ahli akademik mestilah tidak melebihi umur berikut; iaitu berumur tiga (3) tahun kurang daripada umur bersara wajib, pada tarikh menghabiskan cuti sabatikal (cuti sabatikal selama sembilan (9) bulan atau cuti sabatikal lima (5) bulan).
3.Untuk melayakkan seorang ahli akademik memohon cuti sabatikal, tempoh perkhidmatan sebagai ahli akademik di universiti mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

          i) Untuk cuti sabatikal separa dalam negara selama lima (5) bulan, tempoh perkhidmatan mestilah tidak kurang tiga (3) tahun dari tarikh lantikan pertama atau tarikh tamat cuti sabatikal terdahulu atau tarikh kembali dari cuti belajar atau tarikh cuti sabatikal terdahulu patut tamat jika tidak diluluskan penangguhan dan tidak diambil pada tarikh genap masa.

         ii)Untuk cuti sabatikal penuh di dalam dan di luar negara selama sembilan (9) bulan, tempoh perkhidmatan mestilah tidak kurang lima (5) tahun dari tarikh lantikan pertama atau tarikh tamat cuti sabatikal terdahulu atau tarikh kembali dari cuti belajar atau tarikh cuti sabatikal terdahulu patut tamat jika tidak diluluskan penangguhan dan tidak diambil pada tarikh genap masa.

Borang Permohonan Cuti Sabatikal

Download (PDF, 167KB)