SKIM LATIHAN AKADEMIK MUDA (SLAM)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah:
1. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan kelulusan sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.
2. Berumur tidak melebihi 40 tahun.
3. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
4. Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Swasta.
5. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
6. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan yang lengkap.